(Komuniti) Program Gotong Royong Membersihkan Tapak Tanah Perkuburan Islam Kampung Semop Tahun 2022

2 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 1 April 2022, Pusat Ekonomi Digital Semop telah dijemput oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bagi memeriahkan Program Gotong Royong membersihkan Tapak Tanah Perkuburan Islam Kampung Semop. Program ini merupakan aktiviti wajib yang dianjurkan oleh Pengurusan Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Program ini berlangsung dari jam 7.30 hingga 11.00 pagi dan merupakan anjuran Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bersama Komuniti Kpg Semop. Oleh itu, selain dapat menerapkan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam kalangan warga komuniti, program ini juga amat bermanfaat untuk mendekatkan diri kita dengan tuhan selain mendapat pahala lebih.

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari PEDi mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PEDi seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal. Terima kasih kepada AJK Masjid Darul Al-Amin kerana sudi menjemput Staff Pusat Ekonomi Digital Semop untuk turut terlibat dengan aktiviti ini. Moga semua yang hadir mendapat barakah dan bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali