(Komuniti) Temuduga Atendan Perpusatkaan bagi Perpustakaan Desa Semop di PEDi Semop

26 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah bekerjasama dengan Majlis Daerah Matu & Daro untuk Temuduga Atendan Perpustakaan bagi Perpustakaan Desa Semop. Oleh itu, MDMD Daro memilih PEDi Semop sebagai lokasi untuk temuduga tersebut kerana lokasi yang strategik dan kemudahan yang lebih selesa. Selain itu, temuduga ini bertempat di bilik belajar PEDi Semop yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti ini disertai oleh 7 orang peserta yang berumur antara 18 hingga 35 tahun. Di samping itu, 4 orang daripada peserta temuduga adalah pelajar lepasan SPM dan STPM.

Selain itu juga, temuduga ini disertai oleh 7 orang staf yang terdiri daripada Staf MDMD, Kaunselor dan wakil kampung. Kami dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar/peserta yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di PEDi untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran dan kegunaan umum untuk peserta yang ingin membuat temuduga secara atas talian dan sebagainya.

Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah memasuki fasa endemic, tapi pihak kami masih mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal. Selamat maju jaya kami ucapkan buat semua yang menggunakan perkhidmatan di PEDi Semop. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk temuduga. Tahniah kepada yang bakal terpilih kelak dan kepada yang tidak terpilih, jangan putus asa dan boleh cuba lagi untuk akan datang. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali