(Komuniti) Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Semop Tahun 2023

19 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah dijemput oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bagi memeriahkan Program Gotong Royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Semop. Program ini merupakan aktiviti wajib yang dianjurkan oleh Pengurusan Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Program ini berlangsung dari jam 7.00 hingga 11.00 pagi dan merupakan anjuran Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bersama Komuniti Kpg Semop. Oleh itu, program ini akan dijalankan setiap kali tibanya bulan ramadhan selain dapat menerapkan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam kalangan warga komuniti, program ini juga amat bermanfaat untuk mendekatkan diri kita dengan tuhan selain mendapat pahala lebih.

Tahniah dan syabas kami ucapkan buat Pengurusan Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop di atas penganjuran program dan aktiviti bersama komuniti setiap tahun. Sambutan daripada komuniti juga amat mengalakkan dan komuniti memudahkan aktiviti gotong royong dengan membawa semua barang dan keperluan yang digunakan bagi melancarkan lagi program.

Terima kasih kepada AJK Masjid Darul Al-Amin kerana sudi menjemput Staff Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Semop untuk turut terlibat dengan aktiviti ini. Moga semua yang hadir mendapat barakah dan bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali