(Keusahawanan) Bengkel Membuat Putu Mayam & Mee Laksa Penang di Kampung Semop

5 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima jemputan daripada Pemilik M.E.Z Café untuk mengikuti dan mempromosikan Bengkel Membuat Putu Mayam & Mee Laksa Pennag di Kampung Semop. Bengkel ini merupakan anjuran sepenuhnya daripada M.E.Z Café Kampung Semop. Bengkel ini telah berlangsung bermula dari jam 2.00 hingga 4.30 petang. Aktiviti ini disertai oleh 13 orang peserta yang merupakan usahawan tani Kampung Semop, belia dan golongan ibu yang aktif mengikuti program dan aktiviti dianjurkan di Kampung Semop.

Tujuan utama bengkel ini dijalankan adalah untuk mempromosikan produk tempatan Sarawak kepada umum selain mengajar peserta yang ingin menimba ilmu dalam membuat makanan tradisi. Terima kasih kepada Puan Zuriyanti Mohd Terang @ M.E.Z Cafe di atas penganjuran program yang menarik buat warga komuniti Kpg Semop dan sekitarnya. Bengkel ini merupakan anjuran pertama dan sepenuhnya daripada M.E.Z Cafe. Syabas dan selamat maju jaya buat M.E.Z Café.

Tahniah & syabas juga kepada semua yang yang mengikuti bengkel yang dianjurkan. Semoga semua ilmu dan pembelajaran sepanjang Bengkel boleh digunakan untuk akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali