(Komuniti) Kursus Umrah Percuma di Kampung Semop Tahun 2023

5 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima jemputan daripada Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop untuk memeriahkan dan mempromosikan Kursus Umrah Percuma di kampung Semop Tahun 2023. Kursus ini merupakan anjuran Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop bersama HRM TRAVEL & TOURS SDN BHD. Kursus santai ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Semop dan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Oleh itu, lebih 50 orang penduduk Kampung Semop dan 2 staf HRM Travel & Tours Sdn Bhd memeriahkan kursus santai ini. Oleh itu, berikut merupakan aturcara program yang berlangsung pada hari tersebut.

Aturcara kursus:

Terima kasih kepada HRM TRAVEL & TOURS SDN BHD kerana memilih Kampung Semop sebagai lokasi pilihan untuk Kursus Umrah Percuma yang berlangsung dengan jayanya. Terima kasih juga kepada Pengurusan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop kerana bertungkus lumus menjalankan dan melaksanakan kursus dengan jayanya. Terima kasih kepada Ustaz Yusuf Bin Lai & Ustazah Zaleha kerana menerangkan dengan baik dan teliti kepada semua peserta yang hadir.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada Umrah Team Sarawak di atas perkongsian ilmu yang berharga buat rujukan dan kegunaan peserta untuk akan datang. Semoga kita berjumpa lagi untuk akan datang. Terima kasih semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali