(E-Learning) Aktiviti DELIma Secara Atas Talian Pelajar Tahun 6 (Sesi I Januari 2023)

11 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran pelajar tahun 6 dari SK Semop untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi bagi menjalan aktiviti secara atas talian melalui program DELIma (Digital Educational Learning Initiate Malaysia). Aktiviti ini bertempat di PEDi Semop bermula dari jam 2.30 hingga 3.30 petang. Aktiviti ini disertai oleh 2 orang pelajar tahun 6 SK Semop yang berumur 12 tahun dan semua pelajar merupakan aktif mengikuti aktiviti dan program di PEDi Semop.

Untuk makluman semua, lamanweb ini ada disediakan juga buat ibubapa pelajar iaitu anda boleh menyediakan sumber yang dapat menyokong pembelajaran anak anda seperti lembaran kerja, aktiviti dan kuiz. Selain itu, buku Tahun 1 juga disediakan di pelantar ini untuk rujukan dan kegunaan anda. Anda juga boleh menggunakan alatan prop dan bahan lain untuk menarik minat anak anda semasa membantu pembelajaran mereka dan anda boleh menggunakannya semasa sesi pembelajaran supaya anak anda terus berminat untuk belajar. Anda boleh memanfaatkan bahan-bahan tersebut untuk melancarkan pelaksanaan PdPR. Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan datang. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali