(Website) Mengisi Borang e-Pengambilan PDRM Secara Atas Talian bagi Tahun 2023 (Sesi III Januari)

19 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran komuniti Kampung Semop yang ingin mengisi Borang e-Pengambilan PDRM Secara Atas Talian Tahun 2023. Aktiviti ini disertai oleh seorang peserta yang berumur 19 tahun. Aktiviti ini bermula dari jam 2.00 hingga 4.00 petang. Permohonan jawatan ini dibuat secara atas talian dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu e-Pengambilan PDRM pada tarikh yang ditawarkan jawatan.

Oleh itu, bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang e-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat. Sila pastikan alamat email anda berfungsi dengan baik bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah. Terima kasih dan syabas kepada peserta. Semoga beroleh kejayaan dan menerima berita baik dalam masa terdekat. Terima kasih kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali