(Website) Pendaftaran e-Recruitment Secara Atas Talian di PEDi Semop

11 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran komuniti Kampung Semop yang ingin mengisi Borang Pendaftaran e-Recruitment Secara Atas Talian menggunakan perkhidmatan di PEDi Semop. Pendaftaran ini disertai oleh seorang peserta yang berumur 22 tahun dan bermula dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di pendaftaran pekerjaan terutama buat warga pelajar lepasan SPM dan STPM.

Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Untuk makluman peserta yang ingin membuat pendaftaran, mereka wajib mempunyai email dan nombor telepon yang aktif untuk sebarang penerimaan pekerjaan. Terima kasih dan syabas kepada peserta. Semoga beroleh kejayaan dan menerima berita baik daripada e-Recruitment. Terima kasih kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali