Program Satu Komuniti Satu JPJ & Boorh Usahawan Di Kampung Semop
13 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2017 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput oleh Pihak Penganjur Progarm Satu Komuniti Satu JPJ Semop untuk memeriahkan lagi Program Satu Komuniti Satu JPJ untuk membuat liputan dan mengambil gambar program. Program ini merupakan yang julung kalinya diadakan di Kampung Semop, Sarawak dan program ini merupakan terbesar di Malaysia setakat ini. Program ini telah di hadiri oleh lebih 3000 peserta yang terdiri daripada 13 Kampung di dalam Pulai Bruit, Matu daro dan Tanjung Manis. Program ini telah berlangsung dari jam 8.00 Pagi hingga 2.30 Petang. Selain itu, dalam program ini berlangsung terdapat booth perniaagan daripada penduduk tempatan di Kampung Semop dan sekitarnya menjual macam-macam barang seperti barang makanan dan minuman, hasil kraf tangan, produk kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.
Selain itu, program ini bertujuan untuk mengalakkan orang ramai yang belum mempunyai lesen Kelas B2 (Motosikal) untuk mendapatkan lesen memandu terutamanya kepada yang layak dan memenuhisyarat penyertaan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini terutamanya pihak JPJ sendiri, PDRM, Katering yang menyediakan makanan pada hari tersebut dan peserta yang terlibat dan memeriahkan program pada hari tersebut.
Tahniah & syabas semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :