Kisah Kejayaan
Myssa Cake & Pastry
Myssa Cake & Pastry merupakan perniagaan yang sedang mendapat perhatian di Kampung Semop. Myssa Cake & Pastry yang dimiliki oleh Cik Malissa Binti Sepawi dan mula beroperasi pada tahun 2014. Perniagaan ini lebih kepada makanan Kek dan Kuih Muih seperti Kek Harijadi, Kek Perasmian, Kuih Muih Tradisional dan sebagainya. Malissa merupakan satu-satunya peniaga Kek yang berjaya di Kampung Semop. Oleh itu, setiap bulan Cik Malissa akan menerima banyak tempahan Kek terutama kek hari jadi.
Cik Malissa telah menerima tempahan daripada Pihak Pusat Internet Semop untuk Hari Bersama Komuniti & Majlis Perasmian PI Semop.
Ini merupakan Facebook Rasmi untuk Perniagaan Kek Cik Malissa Binti Sepawi.
Mengikuti Pameran Booth Sempena Hari Bersama Komuniti & Majlis Perasmian PI Semop
Selain itu, Cik Malissa juga selalu Pameran Booth untuk mempromosikan Perniagaannya supaya lebih di kenali ramai seperti penyertaan beliau semasa menyertai pertandingan Booth Usahawan Paling Umph sempena Hari Bersama Komuniti dan Majlis Perasmian PI Semop pada April 2016 yang lalu serta banyak lagi pameran lain yang beliau ikuti.