Bengkel Usahawan Kepimpinan Asas (BKA) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) & Taklimat E-Waste
23 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan Pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk mengadakan Bengkel Usahawan Kempimpinan Asas (BKA). Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 12.30 Tengahari. Program ini telah disertai oleh semua Pengerusi SAHABAT Amanah Ikhtiar Malaysia dalam Pulau Bruit iaitu Kpg Semop, Kpg Sebako dan Kpg Sedi . Oleh itu, Program ini juga telah di hadiri oleh 24 orang peserta Amanah Ikhtiar Malaysia termasuk Penceramah AIM dari Cawangan Daro. Selain itu, untuk pengetahuan orang ramai, Program ini julung kali di adakan di Pusat Internet Semop, Sarawak. Antara agenda yang dilakukan sepanjang program tersebut adalah seperti berikut:
- Pendaftaran Peserta
- Taklimat E-Waste dari Pusat Internet Semop
- Taklimat Bengkel (Objektif AIM)
- Tajuk Utama: Tanggungjawab Sebagai Jantung Aperasi (Pengerusi)
- Halatuju AIM
- Sesi Perbincangan Berkumpulan (AIM)
- Sesi soal Jawab
- Bersurai
Untuk pengetahuan semua, Bengkel ini bertujuan memberi kefahaman tentang tugas-tugas asas yang perlu dilaksanakan oleh Kepimpinan Kumpulan dan Kepimpinan Pusat. Oleh itu, untuk Taklimat E-Waste pula, taklimat ini bertujuan untuk menggalakkan pelupusan E-Sisa secara selamat dan kita semula semua barang yang melibatkan barang elektrik dan elektronik. Selain itu, program E-Waste ini juga di laksanakan untuk memberi kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah.
Tahniah & terima kasih kepada pihak penganjur Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana memilih Pusat Internet Semop sebagai tempat melaksanakan Bengkel Usahawan Kepimpinan Asas (BKA). Terima Kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :