Program Latihan Pengurusan Daga Moves Peringkat Daerah Daro 2017 & KDB Di Pusat Internet SEMOP
16 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Daro untuk mengadakan Program Latihan Pengurusan Daga Moves Pringkat Daerah Daro 2017 & Klik Dengan Bijak. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 11.30 Pagi. Program ini telah disertai oleh 3 orang staff Klinik Kesihatan Daro dan 4 orang penduduk Kampung Semop yang memegang jawatan sebagai Setiausaha dan Pengerusi Program KOSPEN Bahagian Semop, Daro. Selain itu, untuk pengetahuan orang ramai, Program Latihan Pengurusan Daga Moves ini julung kali di adakan di Pusat Internet Semop dan Kampung Semop.
Program ini merupakan di bawah anjuran "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN). Oleh itu, inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi.
Oleh itu, diselitkan sekali Taklimat KDB yang bertujuan untuk menggalakkan peserta menggunakan internet secara bijak dari setiap segi. Tahniah & terima kasih kepada Encik Borhan daripada Klinik Kesihatan Daro sebab memilih Pusat Internet sebagai Latihan pusat mengisi data peserta yang melibatkan program KOSPEN bagi kawasan Kampung Semop dan Sebako. Syabas kepada semua yang terlibat dan semoga Berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :