Kelas Dekorasi Kek Bersama Puan Myssa & Taklimat Usahawan Dan Tayangan Video KDB
24 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan Mysa Cake & Pastry untuk mengadakan Kelas Dekorasi Kek Bersama Puan Myssa & Taklimat Usahawan dan Tayangan Video KDB. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula jam 9.00 pagi hingga 2.30 Petang. Program ini telah disertai oleh 11 orang peserta yang yang memang bekerja sendiri, surirumah dan masih belajar. Selain itu, untuk pengetahuan orang ramai, kelas ini juga julung kali di adakan di Pusat Internet Semop, Sarawak. Antara agenda yang dilakukan sepanjang program tersebut adalah seperti berikut:
- Pendaftaran Peserta
- Taklimat Keusahawan oleh Staff PI Semop
- Taklimat dan Tip-tip Mendeko Kek
- Latihan Amali: Memotong Roti Bun Manis secara betul
- Latihan Membuat Kek Harijadi
- Tayangan Video KDB
- Sesi Pemberian Sijil kepada semua peserta
- Sesi Bergambar
- Bersurai
Untuk pengetahuan semua, kelas ini diadakan disebabkan oleh permintaan daripada pelanggan Mysa Cake & Pastry yang mahu belajar membuat dan mendeko kek dengan betul. Oleh itu, Puan Myssa telah menetapkan satu tarikh dan memilih Pusat Internet Semop sebagai tempat membuat kelas. Kelas ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan hanya 11 orang peserta yang ditetapkan mengikuti kelas untuk Siri I ini. Tahniah & terima kepada pihak penganjur program Puan Malissa binti Sepawi kerana memilih Pusat Internet Semop sebagai tempat membuat Kelas Dekorasi Kek. Syabas semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :