Kelas Pengenalan Kepada Komputer (Komponen Komputer), E-Learning & Tayangan Video Kartun Dan Klik Dengan Bijak
17 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2017 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Pengenalan Kepada Komputer dan E-learning yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 9:00 pagi – 11.00 pagi. Seramai 9 orang peserta yang telah menyertai kelas tersebut yang terdiri daripada pelajar SK Semop yang berumur lingkungan 7 – 12 Tahun. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pengenalan kepada Komputer melalui Penerangan mengenai Komponen Komputer. Selain itu, Staff PI selitkan sekali pembelajaran kurikulum dalam kelas tersebut melalui Kelas ICT E-Learning iaitu Latih Tubi dan Uptoten.com. Akhir sekali, diselitkan sekali Tayangan Video Kartun dan Klik Dengan Bijak kepada peserta bagi mengelakan peserta daripada mengantuk dan bosan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk penggunaan internet secara positif dan untuk memudahkan para peserta untuk mengetahui asas kepada komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :