Taklimat Advokasi & Tip Menjadi Usahawan Sempena Program Ekspo ICT 2017 @ JTMK PMU Politeknik Mukah
28 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 27 September 2017 yang lalu, Pusat Internet Semop dengan kerjasama PI Daro telah menerima jemputan daripada staff Politeknik Mukah untuk mengadakan Taklimat Advokasi & Tip Menjadi Usahawan Sempena Program Ekspo ICT 2017@ JTMK PMU Mukah. Taklimat ini di anjurkan bagi memberi kesedaran kepada peserta untuk mengguna internet secara bijak. Oleh itu, program ini telah dihadiri oleh 35 peserta yang terlibat termasuk pelajar Tingkatan 5 SMK ST Patrick dan staff Politeknik yang menganjurkan program. Program ini berlangsung dari jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memenuhi aktiviti yang telah pihak Politeknik Mukah anjurkan sempena Program Ekspo ICT 2017. Pada hari tersebut, para peserta telah diberikan taklimat mengenai peranan Pusat Internet sebagai pusat sehenti masyarakat di samping memberi taklimat kepada peserta agar menggunakan kemudahan internet dengan cara yang yang selamat dan berwaspada. Selain itu, para peserta juga diterangkan mengenai Program terbaru Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu Taklimat Advokasi yang melibatkan Taklimat Klik Dengan Bijak. Kami berharap dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat memahami tentang pentingnya aspek keselamatan semasa menggunakan internet dan cara-cara penggunaan peralatan ICT secara selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :