Program Ifta Ramadhan: Program Jerayawara Bubur Lambuk Kampung Semop
19 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan SABERKAS Cawangan Semop, SABERKAS Unit Semop, SABERKAS Setiap Unit dalam Pulau Bruit dan AJK Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop untuk Program Jerayawara Bubur Lambuk di Kampung Semop. Program ini telah dianjurkan oleh SABERKAS Unit Semop untuk memperkenalkan lagi SABERKAS kepada penduduk kampung. Program ini bermula di Masjid Darul Al Amin Kampung Semop dengan acara memotong dan menumis barang-barang untuk Memasak Bubur Lambuk. Untuk aktiviti memasak bubur lambuk, penduduk kampung semop telah bekerjasama dengan pihak SABERKAS Cawangan Semop.
Program ini telah disertai oleh orang kampung dan SABERKAS Unit Semop. Untuk Program ini, Yang Berhormat Abdullah bin Haji Saidol telah datang sekali untuk memeriahkan lagi program ini untuk mendekatkan diri lagi dengan masyarakat kampung. Akhir sekali, Yang Berhormat Abdullah bin Haji Saidol dan Ahli-ahli SABERKAS telah mengagihkan Bubur Lambuk kepada pengguna jalan raya ke Sibu dan ke Daro. Objektif program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim warga belia desa sesama sendiri dan memperkasakan peranan belia desa dalam kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan terutama dalam komuniti masing-masing. Selain itu, untuk menguatkan jati diri belia desa supaya tidak merasa rendah diri dan menaikkan imej mereka sebagai ahli masyarakat yang berguna serta berperanan dalam memajukan desa masing-masing.
Terima Kasih kepada Yang Berhormat Abdullah Bin Haji Saidol dan SABERKAS Semop serta penduduk kampung yang telah memeriahkan program tersebut. Tahniah & Syabas juga kepada SABERKAS Cawangan Semop & SABERKAS Unit Semop.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :