Taklimat Advokasi 2017 (E-Waste & Cyl) Dan Jom Pamuk Di Kampung SAAI, Pulau Bruit
16 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2017 yang lalu, Pusat Internet Semop dengan kerjasama PI Daro telah mengadakan Taklimat Advokasi 2017 yang menyelitkan slot Klik Dengan Bijak, E-Waste, Check Your Label (CYL), Tayangan Video KDB dan Jom Pamuk (Berulam) di Kampung Saai. Program ini telah dihadiri oleh 42 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Saai yang bekerja, bekerja sendiri, surirumah, pesara dan pelajar. Pihak Pusat Internet Semop telah dijemput JKKK Kampung Saai untuk memberi taklimat kepada penduduk kampung Saai tentang Keselamatan Internet melalui Taklimat KDB dan kesedaran mengenai ICT di kawasan luar bandar.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memenuhi aktiviti Kampung Saai sempena cuti sekolah (Good Friday). Pada hari tersebut, para peserta telah diberikan taklimat mengenai peranan Pusat Internet sebagai pusat sehenti masyarakat di samping memberi taklimat kepada peserta agar menggunakan kemudahan internet dengan cara yang yang selamat dan berwaspada. Selain itu, para peserta juga diterangkan mengenai Program terbaru Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu Taklimat E-Waste dan Check Your Level (CYL). Di akhir, semua peserta makan makanan yang peserta bawa dari rumah melalui Program Jom Pamuk (Berulam) @ Jom Berambeh. Diharap dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat memahami tentang pentingnya aspek keselamatan semasa menggunakan internet dan cara-cara penggunaan peralatan ICT secara selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :