Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2017 Kampung Semop Anjuran Saberkas Unit Semop Bersama Penduduk Kampung Semop
10 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 09 Julai 2017 lalu, Pusat Internet Semop dengan telah dijemput oleh SABERKAS Unit Semop bagi memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2017 di Kampung Semop. Program ini dianjurkan oleh SABERKAS Unit Semop bersama penduduk Kampung Semop. Selain itu, program ini telah dilaksanakan untuk tahun yang ke-2 oleh SABERKAS Unit Semop dan telah dihadiri oleh semua penduduk Kampung Semop dan Kampung-Kampung yang terdapat dalam Pulau Bruit.
Tarikh : 09 Julai 2017 / Ahad
Masa : 12.30 – 4.30 Petang
Tempat : Dewan Baharu Kampung Semop
Program ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Abdullah Bin Haji Saidol, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N42 Semop. Program bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pemimpin dan penduduk kampung. Selain itu, untuk berkumpul sempena Hari Raya Aidilfitri yang masih berlangsung. Tahniah & Syabas kepada penganjur program yang sangat meriah ini. Terima kasih kepada pihak penganjur yang menjemput Pusat Internet Semop dan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. In Shaa Allah akan di laksanakan lagi untuk tahun hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :