Ramah Tamah Aidilfitri 2017 Kampung Saai Anjuran Saberkas Unit Saai
10 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 09 Julai 2017 lalu, Pusat Internet Semop dengan telah dijemput oleh SABERKAS Unit Saai bagi memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2017 di Kampung Saai. Program ini dianjurkan oleh SABERKAS Unit Saai.
Tarikh : 09 Julai 2017 / Ahad
Masa : 09.30 Pagi – 12.30 Petang
Tempat : Balairaya Kampung Saai
Program ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Abdullah Bin Haji Saidol, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N42 Semop. Program bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pemimpin dan penduduk kampung. Selain itu, untuk berkumpul sempena Hari Raya Aidilfitri yang masih berlangsung. Tahniah & Syabas kepada penganjur program yang sangat meriah ini. Terima kasih kepada pihak penganjur yang menjemput Pusat Internet Semop dan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. In Shaa Allah akan di laksanakan lagi untuk tahun hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :