Program Mini Openday Pusat Internet 1 Malaysia Semop 2017
29 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 28 Disember 2017 yang lalu, Pusat Internet Semop telah mengadakan Program Mini Openday PI Semop yang bertempat di Pusat Internet Semop. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 Petang. Sepanjang program pada hari tersebut juga dimeriahkan dengan Pemeriksaan Kesihatan daripada KOSPEN Semop. Program ini telah dihadiri oleh Ayahanda Haji Saili Bin Lamagat iaitu Ketua Kaum Kpg Semop, Ayahanda Jaafar Sidek Bin Abu Samah iaitu Kaunselor Kpg Semop dan Cik Rosita Binti Jahari iaitu Pengerusi KOSPEN & SABERKAS Unit Semop. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjng program berlangsung adalah seperti yang telah ditetapkan.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang Program;
- Kedatangan Pengunjung
- Pendaftaran Peserta
- Agihan Cabutan Bertuah
- Pendaftaran Keahlian PI (Percuma)
- Pameran/ Pendaftaran KOSPEN Semop
- Pertandingan Yang dijalankan:-
- Pertandingan Jari Jemari Pantas (Fast Typing Online)
- Pertandingan Kacang Je Ni
- Pertandingan Bijakkah Anda?
- Pertandingan Jom Buat Poster
- Kehadiran Tetamu Jemputan
- Ucapan alu-aluan
- Penyampaian Hadiah Pertandingan
- Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah
- Jamuan
- Bersurai
Program Mini Openday PI Semop ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Semop dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke Pusat Internet dan dengan adanya aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara pihak pengurusan Pusat Internet Semop dengan masyarakat setempat. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan PI kepada usahawan dan juga bakal usahawan yang berminat untuk mendapatkan latihan keusahawanan. Ini akan dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan warga setempat.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan Program Mini Openday Pusat Internet Semop. Selain itu, terima kasih kepada Penduduk Kampung yang menolong pihak PI sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat kami kenang hingga ke akhir hayat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :