Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Latihan Memandu Motosikal B2 & Pameran Booth Usahawan Pasar Tani Kampung Semop
02 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 01 Oktober 2017, Pusat Internet Semop telah dijemput oleh Pihak Penganjur Progarm Satu Komuniti Satu JPJ Semop untuk memeriahkan lagi Program Satu Komuniti Satu JPJ untuk membuat liputan dan mengambil gambar program tersebut. Program ini merupakan yang julung kalinya diadakan di Kampung Semop, Sarawak dan ini merupakan terbesar di Malaysia setakat ini. Program SKSJ untuk kali ini adalah untuk Latihan Memandu Motosikal B2 dan pada bulan Julai lalu untuk Taklimat SKSJ yang melibatkan seluruh Tanjung Manis, Pulau Bruit dan Daro. Untuk aktiviti kali ini, telah di hadiri oleh hampir 3000 peserta yang terdiri daripada 13 Kampung di dalam Pulai Bruit, Matu Daro dan Tanjung Manis. Program ini telah berlangsung dari jam 6.30 Pagi hingga 3.00 Petang. Selain itu, dalam program ini berlangsung terdapat Pameran Booth Pasar Tani Kampung Semop yang memeriahkan lagi program ini dengan hasil jualan barangan tempatan dan barangan luar yang sedia ada seperti barang makanan dan minuman, hasil kraf tangan, produk kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.
Selain itu, program ini bertujuan untuk mengalakkan orang ramai yang belum mempunyai lesen Kelas B2 (Motosikal) untuk mendapatkan lesen memandu terutamanya kepada yang layak dan memenuhi syarat penyertaan. Selain itu juga, peserta diajar dengan cara yang selamat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh JPJ di Malaysia. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini terutamanya pihak JPJ sendiri, PDRM, Katering yang menyediakan makanan pada hari tersebut dan peserta yang terlibat dan memeriahkan program pada hari tersebut. Semoga berjaya kepada semua peserta untuk sesi akan datang
Tahniah & syabas semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :