Bengkel Kaedah Mencari Maklumat Menggunakan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) Tingkatan 3 SMK Semop & Tayangan Video KDB
18 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei 2017, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Bengkel Kaedah Mencari maklumat yang melibatkan pelajhar Tingkatan 3 SMK Semop & Tayangan Video KDB. Kelas ini telah di ajar oleh Guru SMK Semop sendiri iaitu Cikgu Zainal Bin John yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 3:00 – 5.30 Petang. Kelas ini telah di anjurkan oleh pihak sekolah SMK Semop. Seramai 12 orang pelajar yang telah menyertai kelas tersebut yang terdiri yang berumur 15 tahun.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Tayangan Video KDB dan mencari maklumat mengenai topik pelajar yang berkaitan dengan Tajuk folio masing-masing. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk penggunaan internet secara positif, mendedahkan para peserta yang terdiri daripada pelajar asrama SMK Semop supaya terlibat dalam aktiviti atau kelas mencari maklumat menggunakan internet yang sering pelajar harian lakukan. Oleh itu, pihak PI selitkan sekali Taklimat & Tayangan Video KDB yang merupakan inisiatif PI dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menggalakkan pengguna yang bijak di kalangan masyarakat. Terima kasih kepada Guru SMK Semop yang memilih PI Semop untuk mengadakan kelas atau bengkel untuk mencari maklumat mengenai Topik pembelajaran sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :