Program Kesihatan Kampung Semop di Pusat Internet Semop untuk Bulan Januari 2017 Anjuran Klinik Kesihatan Daro
18 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Daro. Program ini di namakan sebagai Klinik Bergerak 1Malaysia. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 12.00 Tengahari. Program ini telah disertai oleh semua orang. Oleh itu, Program ini juga telah di hadiri oleh 4 orang staff daripada Klinik Kesihatan Daro. Selain itu, untuk pengetahuan orang ramai, Program ini dijalankan setiap bulan di seluruh kampung dalam Pulau Bruit, Sarawak. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program tersebut adalah seperti berikut:
- Pemeriksaan Kesihatan,
- Saringan Kesihatan,
- Ceramah Kesihatan,
- Pemeriksaan Kanak-Kanak,
- Program Imunisasi dan lain-lain.
Untuk penyertaan pengunjung yang membuat pemeriksaan kesihatan pada tersebut adalah dalam 30 orang termasuk pelajar, ibu bapa, pesara dan yang tidak bekerja. Terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Daro di atas keprihatinan anda untuk Kampung Semop. Tahniah & syabas di atas program yang dianjurkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :