Program Komuniti: Kempen Derma Darah Kampung Semop Di PI Semop & Tayangan Video KDB (Sesi II 2018)
23 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Semop telah bekerjasama dengan Hospital Daerah Daro untuk menganjurkan Program Kempen Derma Darah di Kampung Semop. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan tamat pada 1.00 petang. Program ini telah disertai oleh semua orang. Oleh itu, lebih 50 orang penduduk Kampung Semop yang datang bagi membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah dan 22 orang penduduk kampung yang layak menderma darah pada hari tersebut dan disertai oleh 11 orang staff dari Hospital Daro.
Selain program Derma darah, pengunjung @ peserta dapat melihat Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) di skrin televisyen PI. Terima Kasih kepada pihak Hospital Daro sebab memilih PI sebagai lokasi untuk Kempen Derma Drah mereka. Terima Kasih juga kepada penduduk yang sudi menderma darah, “Satu Darah Satu Nyawa”. Jumpa lagi bulan Julai nanti. Syabas dan Tahniah sekali kepada Hospital Daro di atas penganjuran program yang murni ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :