Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop Tahun 2018
17 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 September 2018 yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop untuk tahun 2018” dan bertempat di Padang Sekolah Lama SK Semop. Program ini merupakan anjuran bersama Masjid Darul Al-Amin dan Komuniti Kampung Semop dan julung kalinya diadakan secara meriah dan besar-besaran.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari yang bertempat di Padang Lama SK Semop. Pada sebelah petang pula, program disambung dengan aktiviti Pertandingan Memancing secara terbuka di Jeti Masjid Kampung Semop. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung adalah:
Aturcara Program:
- Kehadiran Penduduk Kampung dan Jemputan VVIP
- Pendaftaran peserta pertandingan sukaneka dan konvoi Hari Malaysia
- Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
- Bacaan Doa daripada Imam I Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop, Encik Abu Jahar Bin Basri.
- Aktiviti Senamrobik dan Zumba daripada Pelajar SK Semop dan Team Zumba Kpg Semop.
- Aktiviti Utama “Konvoi Kenderaan Sempena Hari Malaysia”
- Pertandingan Sukaneka Rakyat
- Pertandingan Tarik Tali Terbuka lelaki dan wanita
- Pertandingan Bola Beracun
- Pertandingan Pelik Asin Terbuka
- Pertandingan Motosikal Paling Lambat
- Pertandingan Semakin Jauh Semakin Sayang
- Pertandingan Larian Gorilla
- Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Pertandingan Sukaneka
- Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kampung (Kategori Individu & zon)
- Penyampaian Hadiah Nama Pengunjung Bertuah
- Sesi Bergambar
- Bersurai
- Rehat dan Solat Zohor
- 1.30 Petang – Pertandingan Memancing Terbuka
- Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Memancing.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dengan program yang sangat meriah ini. Kami dari Pusat Internet 1Malaysia Semop ingin mengucapkan “Selamat Hari Malaysia buat warga Kampung Semop dan seluruh Malaysia. Selain itu, terima kasih kepada Penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat kami kenang hingga ke akhir hayat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :