Program Sambutan Hari Wanita Pulau Bruit 2018 di Kampung Semop
19 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac 2018 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Wanita Pulau Bruit 2018 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Semop. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Norah Binti Tun Abdul Rahman, DUN P206 Tanjung Manis. Program ini merupakan anjuran sepenuhnya Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) bersama JKKK Kpg Semop, Persatuan Belia Badminton Semop, SABERKAS Unit Semop dan penduduk Kampung Semop serta sekitarnya.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 4.30 Petang. Program ini merupakan julung kali diadakan di Kampung Semop yang melibatkan wanita-wanita di Seluruh Pulau Bruit, Daro. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dengan program yang sangat meriah ini.
Kami dari Pusat Internet Semop ingin mengucapkan “Selamat Hari Wanita” kepada wanita seluruh dunia. Selain itu, terima kasih kepada Penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat kami kenang hingga ke akhir hayat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :