Kelas Internet “Hour of Code” Pelajar SK Mohd Redeh Saai & KDB
28 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Internet “Hour of Code” Pelajar SK Mohd Redeh Saai & Klik Dengan Bijak (KDB). Kelas ini bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 2.30 – 5.00 petang. Kelas ini telah di sertai oleh 2 orang guru dan 4 orang pelajar yang berumur antara 11 dan 12 tahun yang merupakan pelajar dari SK Mohd Redeh, Saai.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Klik Dengan Bijak (KDB) dan Kelas E-learning melibatkan pelajar sekolah iaitu melalui aktiviti “Hour of Code”. Antara aktiviti yang Hour of Code sediakan adalah seperti Minecraft Hour of Code, Make Music, Code of News dan banyak lagi. Apa itu Hour of Code? Hour of Code adalah gerakan dunia yang merempuh puluhan juta pelajar dari lebih 180 negara. Setiap orang, tidak kira di mana, dapat mengadakan aktiviti Hour of Code.
Program ini ada menyediakan tutorial-tutorial berdurasi satu jam dalam lebih dari 40 bahasa. Tak memerlukan pengalaman dan penyertaan adalah yang berumur 4 hingga 104 tahun. Tahniah dan syabas kepada pelajar dan guru yang telah terlibat dengan aktiviti yang sangat berfaedah ini dengan jayanya. Selamat maju jaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :