Program Safari Memancing Pulau Bruit 2018 di Kampung Betanak
26 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 & 25 Mac 2018 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Safari Memancing Pulau Bruit 2018 yang bertempat di Kampung Betanak. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Norah Binti Tun Abdul Rahman, DUN P206 Tanjung Manis. Program ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan Graduan Pulau Bruit dan Komuniti Kampung Betanak serta sekitarnya. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Betanak dan kampung sekitarnya.
Program ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 Petang. Program ini merupakan julung kali ditubuhkan oleh Pertubuhan Graduan Pulau Bruit yang dipengerusikan oleh Tuan Dr. Raduan Bin Serap. Sepanjang program ini berlangsung, turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti Gerai makanan, Pertandingan sukaneka terbuka, Pertandingan Karaoke, Persembahan Poco-poco, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Utama Petandingan Memancing dan Ceramah Agama di Masjid Kpg Betanak. Selain itu juga, ada aktiviti seperti aktiviti Senamrobik, Pertandingan Mengail (Tradisional), Pertandingan Memasak, Pertandingan Bikeshow dan akhir sekali ada persembahan daripada atis jemputan Etana Busker.
Untuk makluman orang ramai, sepanjang 2 hari program ini berlangsung, pihak RTM Sibu FM telah berkampung secara “streaming on air” di Kampung Betanak. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dengan program yang sangat meriah ini. Kami dari Pusat Internet Semop ingin ribuan terima kasih di atas penganjuran program ini. Selain itu, terima kasih kepada Penduduk Kampung Betanak dan sekitarnya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat kami kenang hingga ke akhir hayat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :