Majlis Perarakan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Semop 1440H / Tahun 2018
21 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin & Penduduk Kampung Semop bagi menjayakan dan memeriahkan Majlis Perarakan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1440H / Tahun 2018. Program ini bermula dari Gelanggang Sepak Takraw Sekolah Lama SK Semop iaitu perarakan Sepanduk sehingga di Perkarangan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop. Aktiviti ini merupakan aktiviti wajib yang akan dilakukan oleh penduduk kampung menjelangkan tibanya Sambutan Maulidur Rasul untuk setiap tahun. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti di bawah:
Aturcara Majlis:
- Peserta & Penduduk Kpg berkumpul di Gelanggang Sepak Takraw Sekolah Lama SK Semop
- Perarakan Sepanduk Bermula
- Rombongan Perarakan Tiba di Perkarangan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop
- Jamuan Ringan
- Bacaan Yassin & tahlil
- Pertandingan Azan (Kategori 17 tahun - 49 tahun & 50 ke atas)
- Pertandingan Bacaan Al-Fatihah (Kategori 17 tahun - 49 tahun & 50 tahun ke atas)
- Ucapan Aluan daripada Pengerusi Penganjur, En. Kamri bin Haron
- Persembahan Selawat (Pelajar tahun 1 SK Semop)
- Penyampaian Hadiah Pertandingan
* Pertandingan Selawat Nabi (Tahap I SK Semop)
* Pertandingan Selawat Nabi (Tahap II SK Semop)
* Pertandingan Tulisan Khat (Tahap I SK Semop)
* Pertandingan Tulisan Khat (Tahap II SK Semop)
* Pertandingan Azan Kanak2 (Tahap I SK Semop)
* Pertandingan Azan Kanak2 (Tahap II SK Semop)
* Pertandingan Azan Dewasa
* Pertandingan Bacaan Al-Fatihah Dewasa
* Pertandingan Sepanduk (Individu)
* Pertandingan Sepanduk (Berkumpulan) - Jamuan
- Persembahan Selawat (Pelajar Tahun 4 SK Semop)
- Bersurai
Tahniah & syabas kepada semua pemenang pertandingan sepanjang majlis berlangsung. Tahniah & syabas juga kepada Badan Pengurusan Masjid Draul Al-Amin Kpg Semop di atas penganjuran majlis ilmu yang meriah dan santai. Terima kasih kepada kehadiran penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang diluar jangkaan untuk majlis keagamaan seperti ini. Moga majlis seperti ini dilaksanakan lebih meriah untuk akan dating. Terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :