Program Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid-Masjid dan Surau di Pulau Bruit Tahun 2018

13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2018 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin & Penduduk Kampung Semop bagi menghadiri Program Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid-Masjid dan Surau di Pulau Bruit Tahun 2018. Program ini berlangsung dari jam 10.00 hingga 11.30 pagi  yang bertempat di Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop.

Program ini juga diserikan oleh kehadiran Yang Berhormat Abdullah Bin Haji Saidol, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) merangkap Ahli Dewan Undangan N42 Semop. Program sumbangan ini merupakan aktiviti wajib setiap tahun yang akan dilaksanakan oleh pihak Yang Berhormat untuk setiap 14 buah  Masjid-Masjid & Surau di Pulau Bruit. Oleh itu, aktiviti ini amat bermanfaat untuk mendekatkan diri pemimpin dengan penduduk kampung. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah:

Aturcara Majlis;

Tahniah & Syabas kepada AJK Masjid Darul Al-Amin dan penduduk Kampung Semop di atas program yang bermanfaat ini. Sumbangan dan jasa Yang Berhormat amat dihargai. Teima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali