E-learning: Kelas “Future Ready Asean” Pelajar Tahun 6 SK Semop Secara Online & KDB (Fasa 1)

23 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2019 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran pelajar tahun 6 daripada SK Semop untuk mempelajari “E-Leaning activity from Future Ready Asean” secara dalam talian di Pusat Internet Semop. Kelas ini disertai oleh 15 orang pelajar yang di pimpin oleh Cikgu Hairul daripada SK Semop. Kelas bermula dari jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Platform Future Ready ASEAN ini ialah platform pembelajaran yang bertujuan untuk mendidik anak-anak muda yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, dan merupakan sebuah inisiatif untuk mendidik 520 guru dan 46000 para pelajar di sekitar rantau ASEAN didalam industri sains maklumat, pengaturcaraan dan kecerdasan buatan.
Di Malaysia, Future Ready ASEAN dimulakan dengan bengkel “Train The Trainers” dimana 40 tenaga pengajar tempatan mengemaskini pengetahuan STEM mereka di pejabat Microsoft Malaysia di Kuala Lumpur bersempena dengan World Youth Skills Day. Sambungan dari itu, kira-kira 10,000 para pelajar di sekitar Malaysia akan diajar kemahiran pengaturcaraan web seperti HTML5 dan CSS dengan sokongan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Microsoft Malaysia sehingga Oktober 2019.

Tahniah kepada semua pelajar kerana dapat menggunakan plotform sedia ada dengan jayanya. Terima kasih juga kepada Cikgu Hairul kerana memilih Pusat Internet Semop sebagai lokasi pilihan. Tahniah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali