Program Kempen Derma Darah Kampung Semop 2019 (Fasa 1) & Tayangan Video Klik Dengan Bijak
21 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2019, Pusat Internet Semop telah bekerjasama dengan Hospital Daerah Daro untuk menagnjurkan Program Kempen Derma Darah Kampung Semop. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan tamat pada 12.00 Tengahari. Program ini telah menjemput seluruh warga Kpg Semop dan sekitarnya. Oleh itu,sebanyak lebih 20 orang penduduk Kampung Semop yang datang bagi membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah.
Oleh itu, hanya 10 orang penduduk kampung yang layak menderma darah pada hari tersebut dan disertai oleh 7 orang staff dari Hospital Daro. Selain program Derma darah, pengunjung @ peserta dapat melihat video Klik Dengan Bijak dan Tayangan lagu merdeka di skrin televisyen PI. Terima Kasih kepada pihak Hospital Daro sebab memilih PI sebagai lokasi untuk Kempen Derma Darah mereka. Terima Kasih juga kepada penduduk yang sudi menderma darah, “Seorang Penderma boleh menyelamatkan 3 nyawa”. Jumpa lagi bulan April nanti.
Tahniah & syabas semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :