Program Sambutan Hari Sarawak Peringkat Kampung Semop Tahun 2019

23 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Julai 2019, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Sarawak Peringkat Kampung Semop untuk tahun 2019 dan bertempat di Perkarangan dan Wap Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop. Program ini merupakan anjuran bersama Komuniti Kampung Hilir Semop dan Komuniti Kampung Semop dan julung kalinya diadakan secara meriah dan besar-besaran sempena Hari Sarawak.

Lebih 400 orang menyertai program ini dan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang. Aktiviti konvoi motosikal menjadi agenda utama program ini dan konvoi berlangsung seperti biasa walaupun hujan lebat sepanjang program. Oleh itu, aktiviti konvoi bermula dari Wap Masjid Kampung Semop ke Kampung Saai yang disambut baik oleh warga Kampung Saai terutamanya Penghulu Kampung Saai, Encik Khatib. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung adalah:

Aturcara Program:

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dengan program yang sangat meriah ini. Kami dari Pusat Internet Semop ingin mengucapkan “Selamat Hari Sarawak buat warga Kampung Semop dan seluruh Negeri Sarawak. Selain itu, terima kasih kepada Penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat kami kenang hingga ke akhir hayat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali