Program Openday PI Semop 2019 di Kampung Semop (Part I)
23 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2019 yang lalu, Pusat Internet Semop telah mengadakan Program Openday PI Semop 2019 yang bertempat di Padang Sekolah Lama SK Semop dan Pusat Internet Semop. Program ini juga merupakan anjuran bersama SABERKAS Unit Semop dan penduduk Kampung. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 Petang.Program ini telah dihadiri oleh Tuan Kamri bin Haron, Ketua Kaum Kampung Semop yang baharu, Encik Jaafar Sidek bin Abu Samah, Kaunselor Kampung Semop, Encik Abu Jahar bin Basri, Pengerusi Masjid Darul Al-Amin dan Cik Rosita Binti Jahari iaitu Pengerusi SABERKAS Unit Semop.
Program ini telah disertai lebih 250 orang penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang mendaftar sebagai pengunjung bertuah. Pada hari ini, lebih 100 orang peserta menyertai Pertandingan Jari Jemari Pantas (Pertandingan Menaip) dan Pertandingan Gubahan daripada Bahan Terbuang serta Pertandingan Poster Digital. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah seperti yang telah ditetapkan.
Antara aktiviti yang berlangsung pada 22 Februari 2019:
- Kehadiran Peserta dan Penduduk Kampung
- Tayangan Video Advokasi
- Pendaftaran Keahlian PI (Secara Percuma)
- Pertandingan Jari jemari Pantas (Kategori dewasa dan kanak-kanak)
- Pertandingan Gubahan daripada Bahan Terbuang
- Pertandingan Poster Dgital “Sihat IT”
- Sesi bergambar
- Majlis Tamat dan bersurai
Program Openday PI Semop 2019 ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet Semop dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke Pusat Internet dan dengan adanya aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara pihak pengurusan Pusat Internet Semop dengan masyarakat setempat. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan PI kepada usahawan dan juga bakal usahawan yang berminat untuk mendapatkan latihan keusahawanan.
Ini akan dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan warga setempat. Selain itu juga, diselitkan sekali Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB) dan Booth Usahawan Kampung seperti Pasar Tani Kampung Semop. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih daripada kami kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Openday PI Semop 2019. Jasa anda semua amat besar dan tidak dapat kami balas dengan kata-kata. TAHNIAH dan SYABAS semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :