Slot Usahawan: Sembang Santai Bersama Usahawan Kpg Semop Disember 2020 (Stream Yard Live Streaming)
12 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 Disember 2020 yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah mengadakan Slot Usahawan iaitu Sembang Santai Bersama Usahawan Kampung Semop menggunakan aplikasi Stream Yard Streaming. Oleh itu, Pusat Internet Komuniti Semop telah menjemput Puan Kermila binti Ahmad @ Kak Umie (nama panggilan) di mana beliau merupakan usahawan untuk “Surprise Bouquet” dan beliau mempromosikan produk yang dijual sejak bulan Julai 2020 lalu. Beliau merupakan satu-satunya yang menjalankan perniagaan @ produk “Surprise Bouquet” di Kampung Semop dan kawasan Pulau Bruit, Daro. Selain itu, slot ini berlangsung selama setengah jam sahaja bermula jam 3.00 – 3.30 petang dan bertempat di Pusat Internet Komuniti Semop.
Stream Yard Live Streaming Studio merupakan alternatif pengendalian iklan secara dalam talian. Aplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat live untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat live untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.
Kami di Pusat Internet Komuniti Semop menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para usahawan mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan perniagaan e-dagang. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar slot usahawan ini dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya di dalam dunia perniaagaan yang lahir dari bimbingan Pusat Internet Komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :