Latihan Keusahawanan: Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 1/2020 Pusat Internet Semop

3 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Ogos 2020, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima permintaan daripada penduduk komuniti setempat untuk menganjurkan kursus pengendalian makanan yang sering dilaksanakan di Pusat Internet Daro. Kursus Latihan Pengendalian Makanan bagi tahun 2020 iaitu untuk siri 1/2020 anjuran bersama Pusat Internet Daro dan Sekolah Latihan Pengendali Makanan Sibu adalah buat pertama kalinya di Kampung Semop. Kursus ini dilangsungkan pada 2 Jun 2020 yang bermula dari jam 8.30 hingga 11.30 pagi yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Semop. Penyertaan kali ini adalah seramai 17 orang usahawan yang terdiri daripada usahawan kecil di Kampung Semop dan Pulau Bruit yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.

Kursus dan latihan ini bertujuan:

Disebabkan kursus tersebut dijalankan semasa negara dalam situasi agar meruncing akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan, pihak Syarikat Latihan Pengendalian Makanan Sibu mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus seperti mengamalkan penjarakan sosial, menyediakan face mask dan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal. Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di Pulau Bruit dan kawasan sekitarnya pada masa akan datang. Di kesempatan pada hari itu juga, pihak Pusat Internet Semop turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali