(Komuniti) Program Derma Darah Bersama Komuniti Kampung Semop Sesi Disember 2021

13 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah bekerjasama dengan Hospital Daerah Daro dan JKKK Kampung Semop untuk menganjurkan Program Derma Darah Bersama Komuniti Kampung Semop untuk sesi kedua bagi tahun 2021 di Kampung Semop. Program ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Semop dan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Oleh itu, lebih 20 orang penduduk Kampung Semop yang datang bagi membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah dan hanya 10 orang peserta yang layak menderma darah pada hari tersebut. Selain itu, program ini disertai oleh 8 orang staf dari Hospital Daerah Daro.

Disebabkan program tersebut dijalankan semasa negara dalam situasi agar meruncing akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan, pihak Hospital Daerah Daro bersama Pusat Ekonomi Digital Semop mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus seperti mengamalkan penjarakan sosial, menyediakan pelitup muka & hidung dan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal

Terima Kasih kepada pihak Hospital Daro sebab memilih Kampung Semop sebagai lokasi untuk Kempen Derma Darah mereka. Terima kasih juga kepada Team Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daro di atas sumbangan berupa beras wangi dan gelas kempen derma darah kepada semua penderma hari tersebut. Terima Kasih juga kepada komuniti Kampung Semop dan kawasan sekitarnya yang datang memberi sokongan padu kepada aktiviti derma darah tersebut yang bertema “Seorang Penderma boleh menyelamatkan 3 nyawa”.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga kita berjumpa lagi untuk akan datang. Terima kasih semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali