(Keusahawanan) Kursus Latihan Pengendalian Makanan Secara Atas Talian Siri 2/2021 & Tayangan Video Advokasi (Sesi Pagi)

21 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran daripada penduduk komuniti setempat untuk mengadakan Kursus Pengendalian Makanan yang pernah dianjurkan sebelum ini tetapi dijalankan secara atas talian. Kursus Latihan Pengendalian Makanan bagi tahun 2021 ini merupakan anjuran Sekolah Latihan Pengendali Makanan Sibu adalah buat pertama kalinya secara atas talian di Pusat Internet Komuniti Semop untuk Komuniti di Kampung Semop dan sekitarnya. Kursus ini dilangsungkan pada 20 April 2021 dan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Semop untuk sesi pagi. Penyertaan kali ini adalah seramai 16 orang usahawan yang terdiri daripada usahawan kecil di Kampung Semop dan Pulau Bruit yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.

Kursus dan latihan ini bertujuan:

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Internet Komuniti mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PIK seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di Pulau Bruit dan kawasan sekitarnya pada masa akan datang.

Di kesempatan pada hari itu juga, pihak Pusat Internet Komuniti Semop turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali