(Komuniti) Program Suntikan Thyphoid bagi Pengendali Makanan di Kampung Semop & Tayangan Video Advokasi

26 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran Sekolah Latihan Pengendali Makanan Sibu dan penduduk komuniti setempat untuk mengadakan Program Suntikan Thyphoid bagi Pengendali Makanan di Kampung Semop. Program ini merupakan anjuran Sekolah Latihan Pengendali Makanan Sibu adalah buat pertama kalinya program seperti ini diadakan di Pusat Internet Komuniti Semop untuk Komuniti di Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini bermula dari jam 8.30 hingga 10.30 pagi yang bertempat di Pusat Internet Komuniti Semop. Program suntikan ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada Komuniti Semop dan sekitarnya. Program,ini disertai oleh 62 orang usahawan yang yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman. Program ini sangat berguna kepada komuniti setempat yang tidak pernah mendapat suntikan thypoid sebelum ini semasa berjual makanan dan minuman.

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Internet Komuniti mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PIK seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal. Untuk makluman semua, program ini dianjurkan mengikut SOP yang telah ditetapkan iaitu hanya 10 orang peserta yang boleh memasuki PIK dalam satu masa.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan selamat maju jaya untuk masa akan datang.

Di kesempatan pada hari itu juga, pihak Pusat Internet Komuniti Semop turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui Tayangan Video Advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali