E-learning: Aktiviti Digital Competency Score 2021 untuk Pelajar SK Semop & KDB
24 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran pelajar sekolah rendah daripada SK Semop untuk mempelajari cara menjawab soalan Digital Competency Score secara dalam talian di Pusat Internet Komuniti Semop. Kelas ini disertai oleh 22 orang pelajar yang di pimpin oleh Cikgu Aiman daripada SK Semop. Kelas bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Untuk maklumat semua, aktiviti ini berlangsung dengan jayanya mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Sehubungan dengan itu, Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015. Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan secara atas talian sepanjang pandemik masih aktif.
Terima kasih dan syabas kepada semua pelajar yang menjawab soalan dengan jayanya. Terima kasih juga kepada Cikgu Aiman kerana memilih Pusat Internet Komuniti Semop sebagai lokasi pilihan. Tahniah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :