(PDPR) Kelas Secara Atas Talian Pelajar Sekolah Menengah Sesi 5 November 2021

28 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 November 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran pelajar sekolah menengah untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi Semop bagi menjalankan Kelas Secara Atas Talian. Kelas ini bertempat di bilik belajar PEDi Semop bermula dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Kelas ini disertai oleh 2 orang pelajar daripada tingkatan 3 dan berumur 15 tahun. Oleh itu, memandangkan pelajar belajar secara atas talian dari rumah, kami turut menyediakan perkhidmatan komputer kepada 5 pelajar yang terawal untuk menjalankan kelas secara atas talian.

Kami dari Pusat Ekonomi Digital Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di PEDi untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari PEDi mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PEDi seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal

Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan datang. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali