Program Bual Bicara Bersama Tetamu Jemputan En. Apohrozy Ezrie Eallie, Majlis Daerah Matu & Daro (Stream Yard Live Streaming)

3 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima jemputan daripada Pusat Internet Komuniti Daro untuk berkolaborasi bersama dalam slot santai “Program Bual Bicara Bersama Tetamu Jemputan En. Apohrozy Ezrie Eallie iaitu Staf Majlis Daerah Matu & Daro. Selain itu, turut serta berkolaborasi bersama PIK Tanjung Manis, PIK Sibujaya, PIK Meradong dan PIK PPR Seduan. Program bual bicara bersiaran di facebook Pusat Internet Komuniti Daro menggunakan aplikasi Stream Yard Streaming. Oleh itu, program ini disertai lebih 15 orang kehadiran daripada peserta yang menonton secara live streaming di Pusat Internet Komuniti Daro. Disamping itu, slot ini banyak mengupas mengenai bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia seperti bantuan BKSS di Sarawak dan banyak lagi. Oleh itu, program ini berlangsung selama dua jam dan bermula jam 10.30 pagi – 12.30 tengahari dan staf PIK bersiaran di rumah masing-masing.

Stream Yard Live Streaming Studio merupakan alternatif pengendalian iklan secara dalam talian. Aplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat live untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat live untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam isi di dalam media sosial kita.

Terima kasih kepada Pusat Internet Komuniti Daro kerana sudi menjemput Pusat Internet Komunti Semop untuk memeriahkan program ini. Semoga kita bertemu lagi disiaran akan datang melalui slot-slot yang lebih menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali