Slot Sembang Santai Keusahawan Bersama SEDC, Puan Fairuzzila Binti Mokhtar (Stream Yard Live Streaming)

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah berkolaborasi bersama PIK Daro, PIK Tanjung Manis dan PIK Sibujaya untuk Slot Sembang Santai Keusahawanan menggunakan aplikasi Stream Yard Streaming. Oleh itu, slot sembang ini disertai lebih 7 orang kehadiran daripada peserta yang menonton secara live streaming di Pusat Internet Komuniti Daro. Disamping itu, slot ini banyak mengupas mengenai bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia terutamanya usahawan yang aktif. Oleh itu, slot ini berlangsung selama satu jam sahaja bermula jam 10.30 pagi – 12.00 tengahari dan bersiaran di rumah masing-masing.

Stream Yard Live Streaming Studio merupakan alternatif pengendalian iklan secara dalam talian. Aplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat live untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat live untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam isi di dalam media sosial kita.

Terima kasih kepada Pusat Internet Komuniti Daro kerana sudi berkolaborasi menjemput Pusat Internet Komunti Semop untuk memeriahkan slot ini. Semoga kita bertemu lagi disiaran akan datang melalui slot-slot yang lebih menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali