(Softskill) Pembentangan Pembelajaran & Pengajaran untuk Temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG) 2021 & Tayangan Video Advokasi
21 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menerima kehadiran peserta yang merupakan pelajar Lepasan SPM bagi Tahun 2021 untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PIK bagi Pembentangan Pembelajaran & Pengajaran untuk Temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi tahun 2021. Aktiviti ini bertempat di bilik belajar Pusat Internet Komuniti Semop bermula dari jam 3.00 hingga 5.00 petang. Aktiviti ini disertai oleh 4 orang pelajar lepasan SPM bagi tahun 2021 yang telah layak untuk temuduga pertama iaitu saringan eUKCG.
Kami dari Pusat Internet Komuniti Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Internet Komuniti mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PIK seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal. Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan datang. Terima kasih juga kerana memilih Pusat Internet Komuniti Semop sebagai lokasi pilihan untuk mencari maklumat dan sesi rakaman video pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :