(Keusahawanan) Kelas Membuat Facebook Page & Logo Menggunakan Canva.com untuk Perniagaan
18 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran peserta yang ingin membuat “facebook page” membuat logo sendiri menggunakan canva.com untuk perniagaannya. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta yang berumur 37 tahun yang merupakan surirumah yang bekerja sendiri. Kelas bermula dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang dan bertempat di Bilik Belajar PEDi Semop. Antara aspek-aspek yang dipelajari:
- Membuat laman rasmi facebook untuk perniagaan
- Belajar cara membuat logo perniagaan menggunakan canva.com
- Mempelajari kelebihan menggunakan page rasmi perniagaan untuk mempromosikan produk perniagaan.
- Mengetahui cara menggunakan laman page facebook untuk perniagaan.
Kami dari PEDi Semop sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah memasuki fasa endemic, kita masih harus berwaspada dan mengalakkan peserta atau ahli PEDi semua tetap memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal dan berjaga-jaga.
Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik, semoga berita baik menanti anda selepas ini. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk belajar komputer dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :