(Komuniti) Mesyuarat Kolokium Program & Aktiviti Pendidikan Berasaskan Komuniti Secara Atas Talian di Masjid/Surau Tahun 2022
21 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran AJK Pengurusan Masjid iaitu daripada Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop untuk menggunakan perkhidmatan di PEDi Semop bagi mengikuti Mesyuarat Kolokium Program & Aktiviti Pendidikan Berasaskan Komuniti secara atas talian. Taklimat ini bermula dari jam 9.00 hingga 11.30 pagi yang bertempat di bilik belajar PEDi Semop. Selain itu, aktiviti ini disertai oleh 3 orang peserta yang merupakan AJK Masjid yang berumur antara 32 hingga 60 tahun. Antara tentatif aktiviti yang berlangsung adalah seperti di bawah:
- Kehadiran peserta
- Pendaftaran Nama Peserta
- Mesyuarat Secara Atas Talian untuk Masjid Bahagian Mukah, Sarawak.
- Bersurai
Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah dalam fasa endemic maka kami dari PEDi masih mengikuti SOP yang ditetapkan untuk langkah berjaga.
Di kesempatan pada hari itu juga, pihak PEDi Semop turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi. Semoga dilancarkan dan dipermudahkan segala urusan mengerjakan umrah kelak kepada semua yang bertuah dan berkesempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :