(Internet) Temuduga IKMAS Secara Atas Talian di PEDi Semop Sesi 2022

13 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran pelajar Lepasan SPM bagi Tahun 2021 untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi untuk Temuduga Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) Secara Atas Talian untuk Sesi 2022. Aktiviti ini bertempat di bilik belajar PEDi Semop yang bermula dari jam 11.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti ini disertai oleh 2 orang pelajar lepasan SPM bagi tahun 2021 yang telah layak untuk temuduga pertama dan berumur 18 tahun.

Kami dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar/peserta yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di PEDi untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran dan kegunaan umum untuk peserta yang ingin membuat temuduga secara atas talian dan sebagainya. Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah memasuki fasa endemic, tapi pihak kami masih mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal

Selamat maju jaya kami ucapkan buat semua yang menggunakan perkhidmatan di PEDi Semop. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mencari maklumat dan sesi temuduga secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali