(Komuniti) Taklimat Umrah Secara Atas Talian Di PEDi Semop Tahun 2022 & Tayangan Video Advokasi

23 Janauri 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran penduduk komuniti setempat untuk menggunakan perkhidmatan di PEDi Semop bagi mengikuti Taklimat Umrah yang dijalankan secara atas talian. Taklimat ini bermula dari jam 9.00 hingga 10.30 malam yang bertempat di bilik belajar PEDi Semop. Selain itu, aktiviti ini disertai oleh 4 orang warga veteran yang berumur lebih 60 tahun ke atas dan memerlukan tunjuk ajar dalam penggunaan peralatan komputer. Antara tentatif aktiviti yang berlangsung adalah seperti di bawah:

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Ekonomi Digital mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PEDi seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Di kesempatan pada hari itu juga, pihak PEDi Semop turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi. Semoga dilancarkan dan dipermudahkan segala urusan mengerjakan umrah kelak kepada semua yang bertuah dan berkesempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali