(Microsoft) Kelas Menaip Kertas Kerja Keusahawanan Sesi I Jan 2022

13 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2021, Pusat Ekonomi Digital Semop telah menerima kehadiran usahawan Kampung Semop yang ingin menggunakan perkhidmatan di PEDi Semop untuk Menaip Kertas Kerja keusahawanan mereka. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta yang berumur 30 tahun merupakan usahawan kecil Kampung Semop yang juga surirumah tangga. Kelas bermula dari jam 3.00 hingga 4.00 petang dan dipantau oleh Staf PEDi Semop sebagai rujukan peserta. Peserta telah membuat temujanjii terlebih dahulu sebelum mengikuti kelas ini.

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Ekonomi Digital mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PEDi seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Di kesempatan pada hari itu juga, pihak PEDi Semop turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi. Semoga dilancarkan dan dipermudahkan segala urusan mengerjakan umrah kelak kepada semua yang bertuah dan berkesempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali