(PDPR) Aktiviti Ulangkaji pelajaran & Mencari Maklumat di Internet Pelajar Sekolah Menengah SMK Semop (Sesi II) Januari 2022

21 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital Semop telah menerima kehadiran pelajar sekolah menengah untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi bagi menjalankan Aktiviti Ulangakaji Pelajaran & Mencari Maklumat di Internet. Aktiviti ini bertempat di bilik belajar PEDi Semop bermula dari jam 3.00 hingga 5.00 petang. Aktiviti ini disertai oleh 2 orang pelajar tingkatan 3 yang dan berumur 15 tahun. Oleh itu, memandangkan pelajar belajar secara atas talian dari rumah, kami turut menyediakan perkhidmatan komputer kepada 5 pelajar yang terawal untuk menjalankan kelas secara atas talian.

Kami dari PEDi Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari PEDi mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PEDi seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan datang. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali